Thursday 12 May 2011

GOTONG-ROYONG PERDANA

Program Gotong-Royong Perdana akan diadakan pada:


Tarikh: 21 Mei 2011(Sabtu)
Masa:  8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 
(Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan)
Tempat:  Perkarangan SK Bukit Raya


Justeru itu, diminta tuan/puan membawa bersama peralatan yang diperlukan seperti parang, sabit, tukul besi, gergaji dan seumpamanya untuk membersihkan kawasan sekolah dan persekitarannya.


 Diharap kehadiran tuan/puan dapat menjayakan program Gotong-Royong Perdana sesi 2011.

Terima kasih.

Monday 9 May 2011

KONVENSYEN DOKTOR MUDA

Kelab Doktor Muda SKBR telah menyertai Konvensyen Doktor Muda yang diadakan pada 5 dan 6 Mei 2011 bertempat di PPDHL. Alhamdulillah kami telah memenangi beberapa pertandingan yang disertai seperti Pertandingan Buku Informasi, pertandingan bercerita dan BAKAT. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah bertungkus lumus menjayakan konvensyen tersebut.

Sunday 8 May 2011

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah telah diadakan pada:
Tarikh:  7 Mei 2011
Tempat : Balai Lestari
Masa:     8.00 pagi hingga 2.00 petang

Sebanyak 8 slot ceramah telah dijalankan. Antaranya ialah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Puan Guru Besar, Pengurusan Aset oleh Pn. Hjh Roslima dan PAFA oleh Ut. Faizol.

Adalah diharapkan kursus seumpama ini dapat dimanafaatkan oleh semua guru bagi meningkatkan profesionalisme masing-masing

Friday 6 May 2011

KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH(HEM) DI IAB, GENTING HIGHLANDS

Pada 18 hingga 21 April 2011, seramai 29 orang GPKHEM dari seluruh Malaysia telah menjalani Kursus Pengurusan Sekolah (HEM) di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Banyak info terkini yang dapat kami pelajari sepanjang 4 hari berkursus. Terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang telah berkongsi idea dan maklumat sepanjang kursus tersebut. Jasa kalian tetap dikenang.

Thursday 5 May 2011

Bengkel Pembinaan Blog PKHEM

Bertempat di PKG Ampang. Seramai 12 orang PKHEM menyertai bengkel tersebut. En. Adlan dari SK Dusun Tua dan En Asman dari SK Pandan Indah menjadi fasililator bengkel tersebut.

BENGKEL LAMAN BLOG PK HEM DAERAH HULU LANGAT

Bengkel laman blog untuk PKHEM Daerah Hulu Langat telah dijalankan pada

Tarikh:     5 Mei 2011
Tempat:   PKG Ampang
Masa:      8.00 pagi hingga 4.30 petang

Seramai 12 orang PKHEM telah mengikuti bengkel tersebut.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua terutamanya warga SKBR