Piagam Pelanggan


Kami warga Sekolah Kebangsaan Bukit Raya dengan penuh tekad berazam dan berikrar akan berusaha sepenuh tenaga:
v  Mendorong murid-murid ke arah perkembangan intelek yang dinamis dan mencapai kecemerlangan akademik
v  Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M pada akhir Tahun 6 persekolahan
v  Menjadikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang unggul, budaya penyayang dan kerja yang cemerlang
v  Mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, ceria dan kondusif berasaskan Sekolah Dalam Taman dan menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal yang lengkap
v  Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi
v  Memastikan 100% penglibatan murid-murid Tahap 2 dalam kokurikulum
v  Berazam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan pihak luar.