Sejarah Sekolah



v  Mula dibuka pada 4 Januari 1999. Mengandungi 2 blok 3 tingkat dengan murid seramai 250 orang, 19 orang guru dan 2 orang kakitangan pejabat.
v  Mengikut sejarah, di  tapak sekolah ini telahpun wujud sebuah sekolah pada sekitar tahun 1925 yang diberi nama Sekolah Melayu Bukit Raya (Bukit Raya Malay School). Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan papan, padang dan beberapa buah rumah guru. Pada tahun 1941, sekolah ini ditutup kerana Perang Dunia Kedua meletus. Pada masa itu juga sebuah kapal terbang pejuang Jepun telah terhempas di hadapan sekolah ini.
v  Di sekolah inilah telah lahirnya tokoh pemimpin tempatan iaitu Tan Sri Datuk Aisyah Ghani, seorang tokoh wanita UMNO yang terkenal dan menjadi kebanggaan penduduk mukim Hulu Langat.
v  Kini, SKBR mempunyai 53 orang guru, dengan 451 orang murid aliran perdana, 104 orang murid pendidikan khas dan 50 orang murid prasekolah termasuk 12 orang staf sokongan.